Wednesday, 11 February 2015

Kata Seru

Kata Seru
1.    Kata Seru berfungsi untuk menggambarkan pelbagai perasaan seperti  takut, marah, terkejut, terpegun, dan sebagainya.
2.    Dalam Bahasa pertuturan kata seru disebut dengan  nada tinggi.
3.    Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
4.    Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru.
5.    Ayat seruan akan diakhiri dengan satu tanda seru “(!)”.
6.    Contoh Kata seru ialah :

Wah, amboi, aduh, aduhai, wahai, nah, cis, syabas, cih, ah, eh, hai, oh.



Kata seru
Penggunaanya
Ayat Contoh
Aduh
Untuk menyatakan perasaan sakit
1.    Aduh, sakitnya tanganku!
Ah
Untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu.
1.    Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2.    Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
Amboi
Untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum
1.    Amboi, mahal betul kereta itu!
2.    Amboi, berani betul budak itu!
cis
Untuk menyatakan perasaan marah dan benci
1.    Cis, berani dia menentangku!
2.    Cis, mereka tidak kenal siapa aku!
Eh
Untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
1.    Eh, kamu sudah sampai!
2.    Eh, tadi dia ada di sini!
Hai
Untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
1.    Hai, sudah lama kita tidak berjumpa!
Oh
Terkejut hairan, gembira atau mengharap
1.    Oh, itu rupanya rumah kamu!
Aduhai
Untuk menyatakan perasaan sedih
1.    Aduhai, malang sungguh nasibku!
Wah
Perasaan hairan
1.    Wah, cantiknya merak ini!
Wahai
Menyatakan perasaan sayang atau merayu
1.    Wahai adik ku sayang!
Syabas
Gembira, puas, memuji,atau ucap tahniah
1.    Syabas, awak berjaya juga akhirnya!



Astronault wanita jadi muallaf

ASTRONAULT  WANITA JADI MU'ALAF
Sunita Williams, seorang wanita
India pertama yang pergi ke bulan pada tanggal 9-07-2011.
Kembalinya dari bulan terus memeluk Agama Islam . Dia berkata : ''Dari Bulan seluruh Bumi kelihatan hitam dan gelap kecuali dua tempat yang terang dan bercahaya. Ketika aku lihat
dengan Teleskop, ternyata tempat
itu adalah Mekkah dan Madinah.'' Di Bulan semua frekuensi suara tidak berfungsi, Tapi aku masih mendengar suara azan. Prof Lawrence E Yoseph :
Sesungguhnya kita telah berhutang
besar kepada umat Islam dalam Encyclopedia Americana menulis : "Sekiranya orang-orang Islam berhenti mengerjakn tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan terhentilah perputaran bumi kita ini, kerana
rotasi dari super konduktor yang
berpusat di Hajar Aswad, tidak
lagi memancarkan gelombang
elektromagnetik .
Menurut hasil penelitian dari 15
Universiti : Menunjukkan Hajar
Aswad adalah batu meteor yang
mempunyai kadar logam yang
sangat tinggi, iaitu 23,000 kali dari baja yang ada. Beberapa astronot melihat satu sinar yang teramat terang memancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata dari Kaa'bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran dan jaraknya
mencapai ribuan km jangkauan siarannya.
Prof Lawrence E Yoseph - Fl Whiple menulis : "Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat
waktu menjaga super konduktor itu..."
Para astronot telah menemukan : bahawa planet Bumi itu mengeluarkan radiasi.bRadiasi yang berada di sekitar
kaa’bah ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan
Kaa’bah di alam.Di tengah-tengah
antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang
bernama ‘Zero Magnetism Area’,
ertinya adalah apabila kita
mengeluarkan kompas di area
tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama
besarnya antara kedua kutub. Itulah sebabnya jika seseorang
tinggal di Mekah, maka ia akan
hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi
oleh banyak kekuatan graviti. Sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaa’Bah, maka seakan-akan diri kita dicas berulangkali
oleh suatu energi misteri dan ini adalah fakta yang telah
dibuktikan secara ilmiah. Makkah juga merupakan pusat
bumi. Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit. Ada
beberapa ayat dan hadis nabawi
yang menyiratkan fakta ini. Allah
berfirman : ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus
(melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak
dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan.’   (arRahman:33).
Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna
putih tetapi juga memancarkan
sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah subhanahu wata'ala tidak memadamkan kilauannya, tidak
seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya. Dalam penelitian lainnya, mereka
mengungkapkan bahwa batu Hajar
Aswad merupakan batu tertua di
dunia dan juga blh mengembang
di dlm air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari
Ka’Bah ) dan pihak muzium juga
mengatakan bahwa bongkahan
batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.Rasulullah ada  bersabda : Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa
anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

Subhanallah,
Alhamdulillah,
Laa Illaha illallah,
Allahu Akbar

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan tawaf haji dan Umrah. Ini adalah jawapan fitnah dan tuduhan jahiliah yang tdk didasari ilmu pengetahuan, iaitu mengapa kaum Muslimin solat ke arah kiblat dan bahawa umat Islam di anggap menyembah Hajar Aswad. Hanya Allah Yang Maha Kuasa Dan Segala-galanya..
Subhanallah ..

Kalau sedang on sebarkan ke
sesama muslim. (Bererti anda
telah membelanjakan hartamu di
jalan Allah).

Monday, 9 February 2015

KATA TANYA

Kata Tanya
1.     Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Contoh kata Tanya ialah: apa,siapa, mengapa, berapa, bagaimana, bila dan mana
2.     Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3.     Partikel “kah” hendaklah diletakkan selepas kata Tanya.
4.     Manakala tanda tanya “?” hendaklah diletakkan pada akhir ayat.
5.     Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.


Kata Tanya
Pengunaannya
Ayat Contoh
Apa
Digunakan untuk menanyakan nama benda atau binatang
a)      Apakah nama kucing kamu?
b)      Apakah warna bendera Malaysia?
Berapa
Digunakan untuk menanya bilangan
c)      Berapakah harga buku ini?
d)      Kertas di dalam kotak ada berapa keping?
Mana
Digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat
e)      Di manakah kamu tinggal?
f)        Pulau ledang terletak di mana?
Siapa
Digunakan untuk menanyakan orang
g)      Siapakah nama adik kamu?
h)      Engkau ini siapa?
Bagaimana
Digunakan untuk menanyakan cara atau keadaan
i)        Bagaimanakah keadaan emak kamu?
j)        Bagaimanakah cara membuat layang-layang?
Bila
Digunakan untuk menanyakan masa
k)     Bilakah bas ini akan bertolak?
l)        Bilakah acara itu berlangsung?
Mengapa
Digunakan untuk menanyakan sebab
m)    Mengapakah mereka bergaduh?
Kenapa
Digunakan untuk menanya sebab
n)      Kenapakah kamu gagal dalam ujian?

Friday, 6 February 2015

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
1.     Kata Adjektif atau dikenali juga sebagai kata sifat
2.    Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

Jenis-jenis kata Adjektif
1.     Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
2.    Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

1. Adjektif Jati
 Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
 Contoh
 Buku itu berwarna biru.
 Budak kurus itu kawan saya.

2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.

3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.

4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan


Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

jenis
Kata Adjektif
Contoh Ayat
Keadaan/Sifat
Berani, buas,cergas, lemah, takut, sihat
·         Pemuda itu sangat berani.
·         Harimau haiwan yang buas
Warna
Hijau, biru,indigo, merah, hitam
·         Kereta merah itu milik ayah.
·         Bunga itu berwarna kuning.
Ukuran
Lebar, kecil, rendah, kerdil,tinggi, nipis
·         Buku itu nipis.
·         Budak perempuan itu rendah.
Bentuk
Bulat, bujur, leper, lonjong, bundar
·         Pembaris itu lurus.
·         Muka budak itu bujur seperti telur.
Waktu
Baharu, suntuk, lama, lewat, segera, silam
·         Baju itu sudah lama.
·         Hari sudah lewat petang.
Perasaan
Sedih, pilu, malu, benci, kasih, sayang
·         Aminah berasa sedih kerana anak patungnya hilang.
·         Sani sayang akan ibu dan bapanya.
Pancaindera
Wangi,tawar. Lazat, manis, payau,lemak
·         Coklat ini sungguh lazat.
·         Masakkan ini terlalu manis.
Jarak
Hampir, dekat, jauh, rapat, renggang
·         Rumah Alina terletak jauh dari sini.
·         Meja saya dekat dengan meja Ramli.
Kekerapan
Jarang, selalu, sering, acap kali, kerap kali
·         Pak Busu kerap kali bersarapan di warung Nek Semah.
·         Chong Beng selalu pulang ke kampong melawat keluarganya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...