Monday, 18 July 2016

Kesalahan Tatabahasa by Cikgu Isa

Kuiz : 
Topik  : Kesalahan Tatabahasa.
Perbetulkan perkataan yang berbaris.

1.                     Salim sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.

2.      Badannya besar kecuali kakinya kecil.

3.      Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.

4.        Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

5.      Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.

6.      Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

7.      Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.

8.      Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.

9.        Saya dilahirkan diSarawak.

10.      Ayah awak bekerja dimana ?

11.      Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.


12.     “Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.

13.      Masakan yang dihidangkan oleh ibunya  benar lazat.

14.      Ibu sedang jahit baju kurung.

15.     Ayah selalu cuci keretanya.

Thursday, 1 October 2015

Algorithma, Carta Alir & Pseudokod

Algorithma, Carta Alir & Pseudokod

Sebelum anda menulis atur cara pengaturcaraan, adalah penting anda mendirikan algorithma dengan melukis carta alir dan pseudokod terlebih dahulu.

Apa itu algorithma?
Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan ini bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Pseudokod
Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa tabii untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia menunjukkan langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat.

Carta Alir
Carta Alir adalah rajah yang mengandungi simbol-simbol geometri yang disambungkan untuk menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah.Setiap simbol mempunyai makna dan fungsi yang tertentu.Berikut ialah simbol-simbol yang digunakkan dalam melukis carta alir:

Tuesday, 15 September 2015

Latihan perbandingan

Anda dikehendaki mencari maklumat menggunakan enjin carian mengenai 2 peranti  rangkaian tanpa wayar . Bandingkan fungsi, keupayaan dan harga pasarannya . Anda perlu menggunakan perisian aplikasi Ms. Powerpoint untuk membentangkan hasil carian anda.

Latihan Peranti Rangkaian Komputer

1. Apakah 3 peranti rangkaian berwayar yang perlu digunakan di sebuah makmal komputer sekolah yang mempunyai 40 buah komputer dan memerlukan capaian isyarat yang stabil?

a) .

b) .

c) .

 

2. Muzaffar ingin membangunkan rangkaian tanpa wayar di rumahnya untuk memudahkan penggunaan komputer riba, telefon pintar dan konsol mainannya  untuk mencapai internet. Apakah 2 peranti rangakaian tanpa  wayar yang perlu dibelinya?

a) .

b) .

 

3. Nyatakan kesan jika suatu peranti rangkaian tidak berfungsi .

 

 

 

4. Lakarkan dan namakan 1 peranti rangkaian masa hadapan yang boleh menghubungkan rangkaian kawasan setempat (LAN) dengan rangkaian kawasan  luas (WAN) yang mempunyai pelbagai fungsi mengikut kreativiti dan inovatif anda.

 

Monday, 14 September 2015

Kata Bilangan

KATA BILANGAN

Bil

Ayat contoh

Betul / salah

Keterangan

1

Setiap orang murid haruslah beratur semasa membeli makanan di kantin.

salah

Kata bilangan pisahan tidak perlu disertakan dengan penjodoh bilangan.

 

Setiap murid haruslah beratur semasa membeli makanan di kantin.

betul

2.

Semua orang guru sekolah saya sedang bermesyuarat.

salah

Kata bilangan tak tentu seperti semua, para, segala , sesetengah, seluruh, dan sekalian tidak perlu disertakan dengan penjodoh bilangan kecuali kata beberapa.

 

Semua guru sekolah saya sedang bermesyuarat.

betul

3.

Setengah pekerja tidak bertugas pada hari Sabtu

Salah

Kata bilangan setengah membawa maksud separuh daripada unit dan tergolong dalam kata bilangan pecahan. Kata bilangan sesetengah pula membawa maksud kata bilangan yang tidak diketahui jumlahnya dan tergolong dalam kata bilangan tak tentu 

 

Sesetengah pekerja tidak bertugas pada hari Sabtu

betul

4.

Tiap orang mempunyai hobi sendiri.

salah

Kata bilangan tiap tidak boleh disingkatkan tetapi boleh digantikan dengan kata setiap.

 

Tiap-tiap orang mempunyai hobi sendiri

betul

5.

Para-para peserta perkhemahan itu sedang memasak.

salah

Kata bilangan para tidak boleh digandakan.

 

Para peserta perkhemahan itu sedang memasak.

betul

6.

Kedua ekor anak kucing itu sedang tidur .

salah

Kata kedua membawa maksud kedudukan pada tempat kedua dan tergolong dalam kata bilangan tingkat. Kata kedua-dua tergolong dalam kata bilangan himpunan.

 

Kedua-dua ekor anak kucing itu sedang tidur.

betul

7.

Berbagai cadangan dikemukakan dalam perbincangan itu.

salah

Kata bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan tetapi boleh digantikan dengan kata pelbagai.

 

Berbagai-bagai cadangan dikemukakan dalam perbincangan itu.

betul

8.

Harga seikat buah rambutan ini ialah dua setengah ringgit.

salah

Kata bilangan tentu, iaitu dua tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan, iaitu setengah untuk penghitungan.

 

Harga seikat buah rambutan ini ialah dua ringgit setengah.

betul

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...