Tuesday 26 September 2017

CERAMAH

Sekolah kamu akan mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara peringkat sekolah. Sebagai ketua murid kamu dikehendaki menyampaikan sebuah ceramah bertajuk “ Cara-cara menghargai kemerdekaan Negara”.
Tulis ceramah tersebut selengkapnya.

Yang Dihormati pengerusi majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, Yang dihormati guru-guru, dan rakan sekalian. Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kerana memberi kepercayaan kepada saya mewakili rakan-rakan untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “Cara-cara Menghargai Kemerdekaan Negara”.
Hadirin sekalian,

   Negara kita Malaysia telah merdeka lebih daripada setengah abad. Dalam tempoh tersebut, pelbagai kejayaan telah ditempa oleh Negara kita. Berkat pengorbanan dan buah fikiran para pemimpin terdahulu ,maka kita telah berada ditahap sekarang.

  Sebagai seorang warga yang menghargai  kemerdekaan Negara maka kita sepatutnya hidup bersatu padu antara pelbagai kaum. Dengan hidup bersatu padu maka kita akan dapat menjaga keamanan dan keharmonian negara dan seterusnya mempertahankan kemerdekaannya.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

   Selain itu, kita sebagai murid juga perlu belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Sebagai murid hari ini, kita adalah pemimpin pada masa yang akan datang. Kitalah yang akan mencorakkan Negara ini pada masa akan datang.
  
Untuk menghargai kemerdekaan Negara yang tercinta ini, kita juga perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan pelbagai gejala yang negatif seperti penagihan dadah dan sebagainya. Gejala sebegini akan membentuk generasi akan datang yang lemah mental dan fizikal . Generasi yang lemah tidak akan dapat mempertahankan kemerdekaan negara  dan seterusnya mudahlah musuh menakluk Negara kita.

    
       Kesimpulannya, setiap orang yang cintakan kemerdekaan negara perlu sentiasa mempunyai tahap kesedaran dan disiplin diri yang tinggi agar kemerdekaan yang sedang kita kecapi sekarang berkekalan sampai bila-bila.

Sekian, terima kasih.

Friday 28 July 2017

Syarif Masahor

Syarif Masahor bin Muhammad Al-Shahab biasanya dikenali sebagai Syarif Masahor atau Sharif Masahor[1] beliau meninggal pada tahun 1890 di Selangor. Beliau merupakan pahlawan Melayu yang terkenal berketurunan Hadhrami di SarikeiSarawakMalaysia semasa era Raja Putih Brooke di negeri tersebut.

latar belakang

Sebelum ketibaan James Brooke, beliau merupakan pemerintah tempatan yang berkuasa dan pada masa lalu, seperti Datu Patinggi Abdul Gapur, beliau amat berpengaruh dan dihormati kerana daya tarikannya dalam menyatukan penduduk pelbagai kaum dan kepercayaan dan juga lantaran keturunannya.


Penentangan dan kematian

Polisi pengembangan James Brooke menimbulkan gangguan di kebanyakan tempat di Borneo. Dalam perjanjian awal antara James Brooke dan Sultan Brunei, Sarawak hanyalah jajahan yang menganjur dari Tanjung Datu ke Sungai Maong. Wilayah Syarif adalah jauh dari kawasan yang ditetapkan. Pencerobohan Brooke ke wilayah pemimpin tempatan menyebabkan ramai pemimpin tempatan memberontak, termasuk Syarif Masahor.
James Brooke berlepas ke England pada akhir 1857, meninggalkan anak saudaranya Charles di belakang bagi memantau pentadbiran. Ini membolehkan Masahor bagi melaksanakan rancangannya. Pada Julai 1859, Masahor dan tenteranya menyerang pos luar Brooke berhampiran Bukit Rejang di Kanowit. Semasa serangan ini, pegawai Charles Fox dan Henry Steele dibuhuh oleh orang Melanau yang dipimpin oleh Sawing dan Sakalai. Ini menyebabkan pihak British di seluruh Kuching meradang diikuti pemberontakan oleh kaum Cina.
Pada awal 1860, Masahor memerintahkan Temenggung Hayim Jalil dari Brunei untuk pergi ke Pontianak, Indonesia untuk pertemuan dengan Abdul Gapur. Pada awal Februari 1860 mereka melancarkan serangan ke atas Kuching (pada masa itu, Sarawak), menurut rancangan Masahor. Masahor dan tenteranya ingin mara ke Kuching melalui Sungai Sarawak. Dalam pertempuran yang terjadi, pihak British mendapat kejayaan apabila Charles Brooke berjaya menyerang hendap dan memusnahkan kesemua kapal Masahor. Berhadapan dengan kekalahan, Masahor berundur ke Brunei, di mana dia akan mencari perlindungan dari British.
Bagaimanapun pada tahun 1861, James Brooke pergi ke Brunei, dengan harapan memaksa Sultan Brunei untuk menghalau Syarif Masahor ke Selangor untuk selamanya. Masahor akhirnya tiba ke Klang, Malaysia, di mana dia menjadi penasihat kepada Sultan Abdul Samad.
Bagaimanapun, semasa Perang Klang Syarif Masahor menyokong ketua wilayah Klang Raja Mahadi, yang memberontak kerana tidak mengakui pemerintahan Sultan Abdul Samad. Sultan Abdul Samad mencari bantuan British bagi memenangi perperangan, dan Masahor kembali bertempur dengan pihak British buat kali kedua. Bagaimanapun, selepas Raja Mahadi dan Syarif Masahor menyerah, mereka berdua diampunkan oleh Sultan Abdul Samad. Syarif Masahor meninggal di Kerling, Selangor pada tahun 1890 dan dikebumikan di situ.

-Sharif Masahor merupakan pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang yang dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mein Brunei. -Sharif Masahor sangat berpengaruh di dalam kalangan masyarakat Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Skrang. -Kewibawaan beliau tergugat apabil James Brooke mengambil alih pentadbiran Sungai Rajang daripada Sultan Brunei. -Sharif Masahor menentang tindakan Brooke membina kubu di Kanowit dan melantik Henry Steele sebagai wakil British disana. -Pada tahun 1855,Sharif Masahor memimpin 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke. -James Brooke telah melucutkan jawatan Sharif Masahor sebagai pembesar di Sarakei,menyebabkan beliau berasa marah. -Sharif Masahor telah berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur dari Kuching untuk mengusir James Brooke keluar dari Sarawak. -Pada tahun 1859,Sharif Masahor menyerang kubu Brooke di Konawit. -Pada tahun 1860,Sharif Masahor,Datu Patinggi Abdul Ghafur dan Temengung Hashim dari Sadong berpakat menyerang Brooke di Kuching. -Pakatan tersebut telah diketahui oleh Charles Brooke. -Dengan bantuan Belanda,Datu Patinggi Abdul Ghafur telah ditahan dan dipenjarakan di Betawi. -Pertempuran sengit antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong. -Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan 64 pengikutnya terbunuh. -Akhirnya, Sharif Masahor tewas dan berundur ke Mukah. -Pada tahun 1861,Sultan Brunei dipaksa menyerahkan Mukah dan Sharif Masahor ditangkap kemudian dibuang ke negara Singapura. -Walaupun perjuangan berjaya dipatahkan,gerakan menentang Brooke tetap di teruskan.
-Keluarga Brooke kemudianya menghadapi tentangan Banting pada tahun 1894 dan penghulu Asun pada tahun 1931.

Tuesday 25 July 2017

LATIHAN BINA AYAT : 7

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti perkelahan di Pantai Morib .

Berdasarkan gambar tersebut, tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti perkelahan di Pantai Morib.

JAWAPAN LATIHAN BINA AYAT : 7

JAWAPAN LATIHAN BINA AYAT : 7


LATIHAN BINA AYAT : 6

Gambar di bawah menunjukkan tempat-tempat menarik di negara kita .

Berdasarkan gambar tersebut, tulis lima ayat yang lengkap tentang tempat-tempat menarik di negara kita .




JAWAPAN LATIHAN BINA AYAT : 6

JAWAPAN LATIHAN BINA AYAT 6


LATIHAN BINA AYAT : 5

Gambar di bawah menunjukkan suasana di dalam sebuah rumah .

Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana di dalam sebuah rumah  tersebut berdasarkan gambar.


Friday 16 June 2017

imbuhan pinjaman

Imbuhan Pinjaman ( Koleksi Nota )


Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)
·         Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran
  Awalan  maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:
Maha_
Maksud
Mahaguru
Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.
Maharaja
Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
Mahasiswa
Penuntut di universiti
mahasiswi
Penuntut perempuan di universiti

    Awalan tata - :  yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem
Tata -
Maksud
Tatacara
Susunan acara, agenda
Tatabahasa
Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.
Tatacara
Cara dan peraturan
Tatanegara
Susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Tatasusila
Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
tatatertib
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.

Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:
-wan
Maksud
Angkasawan
Orang yang pergi ke angkasa lepas.
Bangsawan
Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
Budayawan
Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
Cendekiawan
Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual
Dermawan
Orang yang suka menderma ( pemurah )
Jelitawan
Gadis atau wanita yang jelita atau cantik
Jutawan
Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
Hartawan
Berharta , kaya
Karyawan
Penghasil karya, pencipta atau penulis
Negarawan
Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.
Olahragawan
Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
Peragawan
Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.
Pustakawan
Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan.
Rupawan
Perempuan yang cantik.


sejarawan
Ahli sejarah
Sukarelawan
Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.
Usahawan
Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.
Wartawan
Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.
     
Akhiran – man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:
-          man
Maksud
Budiman
Orang yang berbudi
Seniman
Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran – wati : bermaksud perempuan yang ahli  Contoh:
-          wati
Maksud
Olahragawati
Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
Peragawati
Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang dipakainya.
Seniwati
Bintang filem
Sukarelawati
Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.

Akiran  - ita : bermaksud wanita. Contoh:
-ita
Maksud
bidunita
Penyanyi atau pelakon wanita.

Thursday 25 May 2017

Membina Carta Alir ( Microsoft word)

Dengan menggunakan microsoft word salin semula carta alir di bawah.




Friday 28 April 2017

SEJARAH

1.TAHUN 4
2.TAHUN 5
3.TAHUN 6

SEJARAH TAHUN 5

1.KESAN SOSIOEKONOMI DI NEGERI-NEGERI SELAT, SARAWAK DAN BORNEOUTARA

2. Syarif Masahor

KESAN SOSIOEKONOMI DI NEGERI-NEGERI SELAT, SARAWAK DAN BORNEO UTARA

KESAN SOSIOEKONOMI DI NEGERI-NEGERI SELAT, SARAWAK DAN BORNEO UTARA
         
       Penjajahan British melibatkan negeri Pulau Pinang, Singapura, Melaka, Sarawak dan Borneo Utara. Pada tahun 1826, British telah menggabungkan tiga buah negeri, iaitu Pulau Pinang, Meleka dan Sin agpura sebagai Negeri-negeri Selat.
         
         Sarawak ditadbirkan oleh keluarga Brookr dan Borneo Utara pula ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB) . Pentadbiran British di negeri-negeri tersebut telah memberi kesan kepada sosioekonomi negara kita. 




PEKEMBANGAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

·                     JALAN KERATA API DARI BUTTERWORTH KE SINGAPURA
·                     JALAN RAYA DI JESSELTON, KOTA BELUD, KUCHING DAN MIRI
·                     SISTEM POS DAN TELEGRAF ANTARA MELAKA DENGAN SINGAPURA

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN
·                     SEKOLAH MELAYU SEPERTI SEKOLAH MELAYU GELUGOR, PULAU PINANG
·                     SEKOLAH CINA SEPERTI SEKOLAH YOK BIN, MELAKA
·                     SEKOLAH TAMIL SEPERTI SEKOLAH TAMIL LADANG CHANGKAT, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG
·                     SEKOLAH MUBALIGH SEPERTI ST JOSEPH, SINGAPURA
·                     SEKOLAH LATIHAN ANAK NEGERI SEPERTI DI BORNEO UTARA
·                     SEKOLAH DAYAK SEPERTI DI SARAWAK 
·                     SEKOLAH AGAMA DAN MADRASAH

PERKEMBANGAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM
·                     MELAYU 
·                     CINA
·                     INDIA
·                     SUKU KAUM ETNIK DI SARAWAK
·                     SUKU KAUM ETNIK DI BORNEO UTARA

PERKEMBANGAN EKONOMI
·                     PERLOMBANGAN BIJI TIMAH, EMAS
·                     PERLADANGAN GAMBIR, GETAH, TEMBAKAU, LADA HITAM

KEMAJUAN PERKIHDMATAN KESIHATAN
·                     HOSPITAL BESAR PULAU PINANG
·                     HOSPITAL BESAR MELAKA 
·                     HOSPITAL KANDANG KERBAU, SINGAPURA
·                     HOSPITAL BROOKE, KUCHING
·                     HOSPITAL QUEEN ELIZABETH, KOTA KINABALU

KEMUNCULAN BANDAR BAHARU 
·                     JESSELTON
·                     LAHAD DATU
·                     KUCHING
·                     MELAKA
·                     GEORGE TOWN

·                     SINGAPURA


Monday 27 March 2017

Mengganggar kuasa dua suatu nombor




Sistem 12 jam dan 24 jam


Pembahagian dua atau lebih sebutan


Pendaraban dua atau lebih sebutan


Perpuluhan



WANG



Ungkapan Algebra 2


nombor kuasa dua atau tidak


Kadet Remaja Sekolah



1. Sejarah KRS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...