Thursday, 1 October 2015

Algorithma, Carta Alir & Pseudokod

Algorithma, Carta Alir & Pseudokod

Sebelum anda menulis atur cara pengaturcaraan, adalah penting anda mendirikan algorithma dengan melukis carta alir dan pseudokod terlebih dahulu.

Apa itu algorithma?
Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan ini bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Pseudokod
Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa tabii untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia menunjukkan langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat.

Carta Alir
Carta Alir adalah rajah yang mengandungi simbol-simbol geometri yang disambungkan untuk menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah.Setiap simbol mempunyai makna dan fungsi yang tertentu.Berikut ialah simbol-simbol yang digunakkan dalam melukis carta alir:

Tuesday, 15 September 2015

Latihan perbandingan

Anda dikehendaki mencari maklumat menggunakan enjin carian mengenai 2 peranti  rangkaian tanpa wayar . Bandingkan fungsi, keupayaan dan harga pasarannya . Anda perlu menggunakan perisian aplikasi Ms. Powerpoint untuk membentangkan hasil carian anda.

Latihan Peranti Rangkaian Komputer

1. Apakah 3 peranti rangkaian berwayar yang perlu digunakan di sebuah makmal komputer sekolah yang mempunyai 40 buah komputer dan memerlukan capaian isyarat yang stabil?

a) .

b) .

c) .

 

2. Muzaffar ingin membangunkan rangkaian tanpa wayar di rumahnya untuk memudahkan penggunaan komputer riba, telefon pintar dan konsol mainannya  untuk mencapai internet. Apakah 2 peranti rangakaian tanpa  wayar yang perlu dibelinya?

a) .

b) .

 

3. Nyatakan kesan jika suatu peranti rangkaian tidak berfungsi .

 

 

 

4. Lakarkan dan namakan 1 peranti rangkaian masa hadapan yang boleh menghubungkan rangkaian kawasan setempat (LAN) dengan rangkaian kawasan  luas (WAN) yang mempunyai pelbagai fungsi mengikut kreativiti dan inovatif anda.

 

Monday, 14 September 2015

Kata Bilangan

KATA BILANGAN

Bil

Ayat contoh

Betul / salah

Keterangan

1

Setiap orang murid haruslah beratur semasa membeli makanan di kantin.

salah

Kata bilangan pisahan tidak perlu disertakan dengan penjodoh bilangan.

 

Setiap murid haruslah beratur semasa membeli makanan di kantin.

betul

2.

Semua orang guru sekolah saya sedang bermesyuarat.

salah

Kata bilangan tak tentu seperti semua, para, segala , sesetengah, seluruh, dan sekalian tidak perlu disertakan dengan penjodoh bilangan kecuali kata beberapa.

 

Semua guru sekolah saya sedang bermesyuarat.

betul

3.

Setengah pekerja tidak bertugas pada hari Sabtu

Salah

Kata bilangan setengah membawa maksud separuh daripada unit dan tergolong dalam kata bilangan pecahan. Kata bilangan sesetengah pula membawa maksud kata bilangan yang tidak diketahui jumlahnya dan tergolong dalam kata bilangan tak tentu 

 

Sesetengah pekerja tidak bertugas pada hari Sabtu

betul

4.

Tiap orang mempunyai hobi sendiri.

salah

Kata bilangan tiap tidak boleh disingkatkan tetapi boleh digantikan dengan kata setiap.

 

Tiap-tiap orang mempunyai hobi sendiri

betul

5.

Para-para peserta perkhemahan itu sedang memasak.

salah

Kata bilangan para tidak boleh digandakan.

 

Para peserta perkhemahan itu sedang memasak.

betul

6.

Kedua ekor anak kucing itu sedang tidur .

salah

Kata kedua membawa maksud kedudukan pada tempat kedua dan tergolong dalam kata bilangan tingkat. Kata kedua-dua tergolong dalam kata bilangan himpunan.

 

Kedua-dua ekor anak kucing itu sedang tidur.

betul

7.

Berbagai cadangan dikemukakan dalam perbincangan itu.

salah

Kata bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan tetapi boleh digantikan dengan kata pelbagai.

 

Berbagai-bagai cadangan dikemukakan dalam perbincangan itu.

betul

8.

Harga seikat buah rambutan ini ialah dua setengah ringgit.

salah

Kata bilangan tentu, iaitu dua tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan, iaitu setengah untuk penghitungan.

 

Harga seikat buah rambutan ini ialah dua ringgit setengah.

betul

 

Thursday, 20 August 2015

Air muka

MAKSUD
Keadaan wajah atau nama baik

AYAT
Air muka Alif  berubah apabila Cikgu Farhah memberitahu tentang kematian ayahnya.

Ada Jalan

MAKSUD
Cara untuk membuat sesuatu

AYAT
Masih ada jalan untuk menyelamatkan rumah tangga kamu.

Ada Hati

MAKSUD
Menyimpan perasaan terhadap seseorang

AYAT
Arif ada hati hendak memikat anak jutawan itu

Abu Jahal

MAKSUD
Orang yang selalu menghalang kerja-kerja yang baik

AYAT
Ali digelar Abu Jahal kerana selalu membangkang cadangan-cadangan yang baik.

Abang angkat

MAKSUD
Lelaki yang dianggap seperti abang sendiri.

AYAT
Ahmad mempunyai seorang abang angkat yang tinggal di Pulau Pinang.

Simpulan Bahasa

 BIL SIMPULAN BAHASA
1. Abang Angkat
2. Abu Jahal
3. Ada Hati
4. Ada Jalan
5. Air muka

Wednesday, 1 July 2015

PROSES PENYUNTINGAN - CROP-


    1. Klik pada fitur Crop


    2. Kenalpasti kawasan grafik yang diingini. Klik dan leretkan tetikus sehingga berbentuk segiempat.


    3.Kawasan grafik yang diperlukan akan berwarna terang dan kawasan lain akan berwarna kabur. klik butang OK untuk memotong.


    4. Hasil Grafik yang telah dipotong kelihatan seperti rajah diatas.

    5. Simpan fail yang telah dibuat penyuntingan . Klik menu  File > Save as



    Ubahsuai gambar menggunakan OFFICE PICTURE MANAGER


    1.Ikuti langkah yang ditunjukkan diatas



    Fitur-fitur seperti di sebelah ialah:

             i.            Auto Correct – Penyuntingan Grafik secara automatic
           ii.            Brightness dan Contrast – Ubahsuai dan kecerahan contrast
          iii.            Colour – Ubahsuai ton warna
         iv.            Crop – Memotong Gambar
           v.            Rotate dan Flip – Pusing dan terbalikkan gambar

         vi.            Red eye Removal – Buang kesan flash pada mata dalam gambar




    Monday, 15 June 2015

    CARA MEMBANGUNKAN PANGKALAN DATA MENGGUNAKAN MS. WORD

    CARA-CARA

    1.    KLIK START        
    2.     KLIK ALL PROGRAMS    
    3.     KLIK MS. WORD
    4.     KLIK MENU INSERT
    5.     PILIH TABLE



    6. KLIK INSERT TABLE ,


    7.Taip Column (lajur) = 4 untuk memasukkan medan dan rows (baris ) = 5 untuk memasukkan rekod dan klik ok.

    8. Paparan Seperti di bawah akan muncul






    Friday, 22 May 2015

    Tanda Koma Bertitik (;)

    Tanda Koma Bertitik (;)
    1.       Tanda koma bertitik digunakan untuk:
    a.       Memisahkan ayat-ayat  jenis  sejenis dan  setara. Contohnya:
       i.       Hari hampir senja; Pak Kasim masih berada di ladang.

    b.      Menggantikan kata hubung atau menandakan tempat berhenti  yang lebih tegas. Contohnya:
       i.      Di tapak ekspo itu kelihatan kanak-kanak kecil berkejar-kejaran ; pelajar-pelajar sekolah asyik berbual-bual ; ibu bapa pula sedang duduk berehat-rehat di bawah pokok.

    Tanda Petik

    Tanda Petik ("...")
    1.       Tanda petik juga dikenali sebagai tanda cakap ajuk. Tanda petik digunakan apabila merakamkan  atau menulis  kata-kata yang sebenarnya yang  diucapkan oleh seseorang.Contohnya:

    a.       “Kamu mestilah rajin mengulang kaji pelajaran,” nasihat ibu.

    Tanda Baca

    1. Tanda Seru
    2.Tanda Petik
    3. Tanda Koma Bertitik

    Tanda Seru

    Tanda Seru
    1.       Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk melahirkan perasaan takut, hairan, gembira , sakit, dan sebagainya.contohnya:

    a.       Wah, besar sungguh rumah awak!

    Tuesday, 5 May 2015

    Jenis-jenis Data


    Data dan Maklumat

    Definisi Data
    ·         Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian,orang atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka atau gambar
    ·         Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta –fakta tersebut diproses.
    ·         Contoh-contoh
    o   Markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk setiap murid di dalam satu kelas.

    Definisi Maklumat
    ·         Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan  data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.
    ·         Maklumat  yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.
    ·         Contoh-contoh
    o   Purata markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk satu kelas.

    Secara ringkasnya, hubungan di antara data dan maklumat boleh digambarkan seperti rajah di bawah.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...