Tuesday 5 May 2015

Data dan Maklumat

Definisi Data
·         Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian,orang atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka atau gambar
·         Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta –fakta tersebut diproses.
·         Contoh-contoh
o   Markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk setiap murid di dalam satu kelas.

Definisi Maklumat
·         Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan  data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.
·         Maklumat  yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.
·         Contoh-contoh
o   Purata markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk satu kelas.

Secara ringkasnya, hubungan di antara data dan maklumat boleh digambarkan seperti rajah di bawah.

No comments:

Post a Comment

Need to add an image? Use this code [img]http://www.youtube.com/watch?v=hGsk8FmTZ04&feature=youtu.be[/img]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...