Thursday, 1 October 2015
Algorithma, Carta Alir & Pseudokod
Tuesday, 15 September 2015
Latihan perbandingan
Latihan Peranti Rangkaian Komputer
1. Apakah 3 peranti rangkaian berwayar yang perlu digunakan di sebuah makmal komputer sekolah yang mempunyai 40 buah komputer dan memerlukan capaian isyarat yang stabil?
a) .
b) .
c) .
2. Muzaffar ingin membangunkan rangkaian tanpa wayar di rumahnya untuk memudahkan penggunaan komputer riba, telefon pintar dan konsol mainannya untuk mencapai internet. Apakah 2 peranti rangakaian tanpa wayar yang perlu dibelinya?
a) .
b) .
3. Nyatakan kesan jika suatu peranti rangkaian tidak berfungsi .
4. Lakarkan dan namakan 1 peranti rangkaian masa hadapan yang boleh menghubungkan rangkaian kawasan setempat (LAN) dengan rangkaian kawasan luas (WAN) yang mempunyai pelbagai fungsi mengikut kreativiti dan inovatif anda.
Monday, 14 September 2015
Kata Bilangan
KATA BILANGAN
Bil |
Ayat contoh |
Betul / salah |
Keterangan |
1 |
Setiap orang murid haruslah beratur semasa membeli makanan di kantin. |
salah |
Kata bilangan pisahan tidak perlu disertakan dengan penjodoh bilangan. |
|
Setiap murid haruslah beratur semasa membeli makanan di kantin. |
betul |
|
2. |
Semua orang guru sekolah saya sedang bermesyuarat. |
salah |
Kata bilangan tak tentu seperti semua, para, segala , sesetengah, seluruh, dan sekalian tidak perlu disertakan dengan penjodoh bilangan kecuali kata beberapa. |
|
Semua guru sekolah saya sedang bermesyuarat. |
betul |
|
3. |
Setengah pekerja tidak bertugas pada hari Sabtu |
Salah |
Kata bilangan setengah membawa maksud separuh daripada unit dan tergolong dalam kata bilangan pecahan. Kata bilangan sesetengah pula membawa maksud kata bilangan yang tidak diketahui jumlahnya dan tergolong dalam kata bilangan tak tentu |
|
Sesetengah pekerja tidak bertugas pada hari Sabtu |
betul |
|
4. |
Tiap orang mempunyai hobi sendiri. |
salah |
Kata bilangan tiap tidak boleh disingkatkan tetapi boleh digantikan dengan kata setiap. |
|
Tiap-tiap orang mempunyai hobi sendiri |
betul |
|
5. |
Para-para peserta perkhemahan itu sedang memasak. |
salah |
Kata bilangan para tidak boleh digandakan. |
|
Para peserta perkhemahan itu sedang memasak. |
betul |
|
6. |
Kedua ekor anak kucing itu sedang tidur . |
salah |
Kata kedua membawa maksud kedudukan pada tempat kedua dan tergolong dalam kata bilangan tingkat. Kata kedua-dua tergolong dalam kata bilangan himpunan. |
|
Kedua-dua ekor anak kucing itu sedang tidur. |
betul |
|
7. |
Berbagai cadangan dikemukakan dalam perbincangan itu. |
salah |
Kata bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan tetapi boleh digantikan dengan kata pelbagai. |
|
Berbagai-bagai cadangan dikemukakan dalam perbincangan itu. |
betul |
|
8. |
Harga seikat buah rambutan ini ialah dua setengah ringgit. |
salah |
Kata bilangan tentu, iaitu dua tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan, iaitu setengah untuk penghitungan. |
|
Harga seikat buah rambutan ini ialah dua ringgit setengah. |
betul |
Wednesday, 2 September 2015
SCRATCH (Tanya dan Jawab kalau salah cuba lagi (ABC))
Thursday, 20 August 2015
Air muka
Ada Jalan
Cara untuk membuat sesuatu
AYAT
Masih ada jalan untuk menyelamatkan rumah tangga kamu.
Ada Hati
Menyimpan perasaan terhadap seseorang
AYAT
Arif ada hati hendak memikat anak jutawan itu
Abu Jahal
Orang yang selalu menghalang kerja-kerja yang baik
AYAT
Ali digelar Abu Jahal kerana selalu membangkang cadangan-cadangan yang baik.
Abang angkat
Lelaki yang dianggap seperti abang sendiri.
AYAT
Ahmad mempunyai seorang abang angkat yang tinggal di Pulau Pinang.
Simpulan Bahasa
1. Abang Angkat
2. Abu Jahal
3. Ada Hati
4. Ada Jalan
5. Air muka
6. Simpulan bahasa 1
Wednesday, 1 July 2015
PROSES PENYUNTINGAN - CROP-
- Klik pada fitur Crop
Ubahsuai gambar menggunakan OFFICE PICTURE MANAGER
1.Ikuti langkah yang ditunjukkan diatas
Fitur-fitur seperti di sebelah ialah:
Thursday, 25 June 2015
Friday, 19 June 2015
Monday, 15 June 2015
CARA MEMBANGUNKAN PANGKALAN DATA MENGGUNAKAN MS. WORD
Thursday, 28 May 2015
Wednesday, 27 May 2015
Scratch : Soalan dan Jawapan dari computer secara rawak
Friday, 22 May 2015
Tanda Koma Bertitik (;)
i. Hari hampir senja; Pak Kasim masih berada di ladang.
b. Menggantikan kata hubung atau menandakan tempat berhenti yang lebih tegas. Contohnya:
i. Di tapak ekspo itu kelihatan kanak-kanak kecil berkejar-kejaran ; pelajar-pelajar sekolah asyik berbual-bual ; ibu bapa pula sedang duduk berehat-rehat di bawah pokok.